Sunday, February 15, 2009

NILAI WANG ANDA

Tanpa Had Masa
Dengan kami, anda tidak perlu memikirkan soal masa untuk merakamkan keindahan hari bahagia anda kerana kami akan cover 1 hari penuh majlis anda, ini sebagai nilai tambah bagi anda, kerana pada masa sekarang kebanyakan jurugambar di pasaran hanya menawarkan perkhidmatan ini dengan waktu terhad selama 4 jam..dan anda perlu membayar caj tambahan sekiranya jurugambar terpaksa bekerja lebih masa.

Tanpa had nilai gambar
Dengan kami juga, anda tidak perlu bimbang kerana kami akan shots setiap detik perjalanan majlis anda tanpa mengira nilai gambar, kami akan shots sebanyak mungkin dengan penuh passion.

2 Orang Jurugambar
Kami juga akan datang sekurang-kurangnya dengan 2 orang jurugambar kami yg berpengalaman untuk merakamkan setiap sudut menarik pada majlis anda.

Tanpa caj tersembunyi
dengan kami, anda juga tidak perlu risau akan caj tersembunyi, nilai pakej adalah nilai bersih yang akan kami kenakan, caj luar kawasan hanya akan dikenakan untuk majlis diluar lembah klang, sungguhpun begitu, nilai ini akan dipersetujui bersama dari pihak anda dan kami supaya ia tidak membebankan anda.

Sentuhan Gambar
Kami akan mengenakan sentuhan gambar professional pada setiap foto anda, sama ada, foto yg akan dipilih untuk album utama mahupun foto yg tidak dipilih untuk album.

Kualiti Cetakan gambar
Untuk gambar yg akan dimasukkan ke dalam album, termasuk storyboard atau gambar 4r, 8r, 10r akan dicetak menggunakan minilab Fujifilm, kerana kualiti percetakan menggunakan minilab fujifilm sangat berkualiti.

0 comments: